-->
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

23.2.12

Bilionair juga berjimat cermat!


Terkejut apabila saya terbaca berita di Internet mengatakan antara orang terkaya di dunia hidup berjimat cermat.
    Pemilik Wal-Mart, antara pasaraya terbesar di US, Jim Walton, hanya membawa kereta nya yang berumur 15 tahun ke kerja.
    

Ingvar Kamprad, pemilik Ikea di Sweden membawa kereta Volvo berumur 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi sahaja, dan makan di restoran-restoran murah
    

Warren Buffet, billionaire terkenal dan antara orang terkaya di dunia, tinggal di rumahnya yang dibeli pada harga US31,000 sejak 50 tahun lalu!
    

Azim Premji, Tycoon perniagaan dari India hanya membawa kereta Toyota Corolla
   

 Billionaire John Caudwell and David Cheriton pilih untuk memotong sendiri di rumah sahaja tanpa pergi kedai gunting rambut mahal.

 Billionaire seperti Warren Buffet menjalankan hidup secara sederhana. Ini boleh menjadi role model kewangan kita.Dapatkan role model dalam bidang kewangan. Ia tidak semestinya orang yang anda kenali, seperti ikon di TV, ataupun orang yang anda kenali, jiran, rakan sekerja atau ahli keluarga.

Ataupun anda mempunyai pakcik yang menjalankan perniagaan yang berjaya tetapi hidup sederhana bersama keluarga. Atau anda mengenali seorang CEO syarikat besar, tetapi tetap merendah diri dari segi kewangan.

Tan Sri Mokhtar Bukhari adalah role model yang hebat, sebagai bumiputera terkaya di Malaysia, tetap menderma berjuta RM dibawah Yayasan Al Bukhari untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Dapatkan role model (tidak semestinya seorang sahaja) dan ikuti tabiat kewangan mereka. Manusia mudah belajar daripada melihat manusia yang lain. Kuncinya adalah, pastikan role model yang dipilih adalah role model yang betul!


ps: Teringat saya lagu 'Bilionaire' nyanyian Bruno Mars! ;) 



Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

22.2.12

5 KAEDAH mengubah kegagalan menjadi KEJAYAAN.


Sahabat-sahabatku  yang dikasihi sekalian. Semoga dalam dakapan iman sentiasa hendaknya. Saya, alhamdulillah, sihat walafiat.

Hari ini, ingin berkongsi sedikit pengisian ringkas yang sangat besar maknanya. Ia diperoleh dari emel yang dihantar oleh Irfan khairi. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat mencambahkan pengetahuan kita semua.
 

Kawan-kawan, baru-baru ini saya ada membaca artikel mengenai usaha pencarian minyak yang giat dijalankan oleh syarikat pengeluaar minyak. Artikel tersebut melaporkan sebelum mereka menggerudi telaga minyak, syarikat perlu mengkaji pembentukan batuan di lokasi dengan teliti.
 
Tetapi selepas menjalankan analisi saintifik yang terperinci, enam daripada tujuh lokasi yang digerudi biasanya kering dan tidak mengandungi minyak. Syarikat minyak begitu gigih mencari minyak.

"GIGIH DI SINI TIDAK BERMAKNA MEREKA MENGGERUDI LUBANG DITEMPAT YANG SAMA TANPA HENTI, TETAPI MENGGERUDI DI LAIN-LAIN LOKASI APABILA LOKASI TERKINI YANG DIGERUDI TIDAK MEMBUAHKAN SEBARANG HASIL".
Ramai orang yang bercita-cita tinggi mengharungi kehidupan dengan kegigihan dan impian yang mengagumkan.  Namun begitu, mereka tidak Berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka enggan mencuba pendekatan-pendekatan baru.
 
Ingat, tumpukan pada matlamat kita, jangan sekali-kali berpaling daripadanya. Tetapi jangan 'berdegil' dengan hanya bergantung kepada satu cara sahaja. Apabila pendekatan yang kita gunakan kini tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, maka cuba pendekatan-pendekatan baru. Ia akan membezakan antara kegagalan dan kejayaan dengan 5 cara yang boleh kita gunakan sebagai panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan;
 
  1. Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan baru.
  2. Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh Berjaya pada lain kesempatan.
  3. Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjilkan sikap seorang yang professional.
  4. Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.
  5. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekececewaan dari ingatan kita.
"minda kita hanya melihat atau menilai keadaan mengikut apa yang kita mahu lihat. Fokuskan pada aspek positif dan takluki kegagalan."


note: alhamdulilah, arini saya dpt result final exam yang baik, CGPA pon naik, saya akan kenalpasti kelemahan yang ada pd sem lepas utk perbaiki lagi utk sem depan. InsyAllah.

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

19.2.12

Anda stress?


Adakah anda stress?? Ya, kini saya sedang stress, sebab apa? sebab sebagai anak sulung, semua beban kerja mesti dia yang kene wat,seperti basuh baju, sapu sampah, memasak, siram pokok bunga dan lain2...dan setiap hari wat kerja yang sama saje...nak harapkan adik-adikku, hrmm, hampeh!...haish...sabar, sabar, sabar itu separuh daripada iman.


Dan antara gejala stress yang saya dapati ialah saya sering gelisah, risau keterlaluan, gangguan tidur, cepat marah, kurang tumpuan kerja dan akhir2 ni saya jadi sangat sensisitif, nampak gambar2 orang2 syria, saya mudah mengalirkan air mata

Seorang kawan mengesyorkan saya amalkan tip 10B...apa itu 10 B? Jom tengok di bawah...


1. Bertenang
2. Bernafas dalam2
3. Berkata: relakslah..
4. Beribadat
5. Bercakap dengan seseorang
6. Berurut
7. Berehat dan mendengar muzik
8. Beriadah
9. Bersenam
10. Bersenam

Cuba anda try buat, saya sudah buat da ia amat berkesan..Saya da wat, anda bile lagi? Amalkan tips 10B diatas

pic credit to dr.cinta 

note: lagi beberapa hari je lagi result exam da nak keluar..nervous ni...dup dap dup dap

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

30.12.11

11 Langkah Mencapai Apa Sahaja Matlama 2012 ANDA!


Beberapa hari sahaja lagi untuk kita memasuki tahun 2012! Mudahan matlamat 2011 kita semuanya telah tercapai dan kita telah punyai matlamat baru untuk 2012. Sempena tahun baru ini, saya sertakan artikel dari Irfan Khairi bertajuk "11 langkah mencapai apa sahaja matlamat 2012 anda!"  



1:  Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.




2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.


3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya...


5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
 
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
 
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.
 
6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
 
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri... oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
 
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja... berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
 
7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
 
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
 
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.


 


 
8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
 
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
 
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
 
9: Perancangan
Kata pakar motivasi "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal"
 
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
 
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
 
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
 
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.
 
10: Bina gambaran
"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
 
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
 
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
 
11: Janji pada diri sendiri...
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
 
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
 
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
 
Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah "blue print" orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.


Credit to: Irfan khairi
 

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

10.12.11

♥•♥•♥ 7 TIPS MENGHADAPI UJIAN HIDUP ♥•♥•♥





(¯`•.¸ღ Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. 


Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi 


kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang 


dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)







(¯`•.¸ღ Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

(¯`•.¸ღ Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

(¯`•.¸ღ Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

(¯`•.¸ღ Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

(¯`•.¸ღ Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

(¯`•.¸ღ Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). 



Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)




Note: YA Allah, aku di dalam kesempitan, berikanlah keajaiban kepadaku...ya Allah...


napelah susah sgt nak cari company utk marketing ni...besar sgt ke dosa yg aku wat?...


Ya Allah, ampunilah aku jika kelakuan aku di luar batasan ku...
Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

3.12.11

Tips study for exam



Just a short post. Nak tidur untuk study malam ni. Banyak chapter lagi yang kena cover, especially marketing and ITPM. Ada 3 test next week.. hari Isnin ni.,lab test multimedia n 2 test utk hari selasa. Wow, so amazing. Rabbi yassir, wala tuassir ya karim..


Ni nak share 1 peringatan daripada ustazah kat sekolah dulu tentang tips2 belajar, mungkin sesuatu yang dianggap remeh, tapi besar impaknya. Semua tahu kan apa itu berkat? Sesuatu yang tak boleh dilihat, tapi dengan berkat tu, kita boleh rasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di pundak kita.

TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
 .............................................................

Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas. 

Note: doakan moga dapat buat yang terbaik untuk semua test ni. 20% carry mark to end block exam. Dengan asgmt yg bertimbun2, sempat lagi update blog...hehe



credit to : najah

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

5.6.11

33 Tips berhenti merokok selama-lamanya


Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani
Assalamualaikum semua

1. Cold turkey- means berhenti sendiri tanpa menggunakan apa-apa rawatan yg mana sesetengah org melakukanya dgn megurangkan kuantiti kadar hisapan rokok secara perlahan-lahan.

2. Ubat-ubatan preskripsi-dapatkan rawatan melalui preskripsi doktor

3. Terapi gantian nikotin (NRT)-ia membekalkan badan anda dengan sukatan nikotin yg sekadar cukup untuk mengurangkan gian rokok tanpa kesan yg mudarat.

4. Selalu berpusa

5. Tetapkan tarikh anda untuk berhenti

6. Pilih tempat beriadah dan berhibur

7. Cuba ketika emosi anda stabil

8. Gantian sementara- Setiap kali anda merasa keinginan utk merokok datang, gunakan salah satu gantian sementara seperti pencungkil gigi, gula-gula, dan kuaci

9. Banyakkan minum air dan biasakan mengunyah sesuatu jika ketagihan.

10. Fikirkan pengalaman sukar anda ketika dulu.

11. Amalkan pemakanan seimbang

12. Senaraikan sebab-sebab kenapa anda perlu merokok

13. Pertimbangkan hal-hal positif jika berhenti

14. Berikan hadiah kepda diri sendiri-Gunakan wang yg anda sepatutnya utk membeli rokok  utk memberi ganjaran utk diri sendiri

15. Bila terasa ingin merokok, tangguhkan beberapa minit.

16. Hadkan tempat untuk anda merokok

17. Belajar untuk menolak pelawaan

18. Mengikuti terapi motivasi pakar

19. Catat kemajuan anda

20. Tukar rutin rokok anda

21. Hipnosis-hipnosis diri sendiri kerana apabila dlm keadaan itu, ia akan membuatkan anda tenang dan menguatkan tekad utuk berhenti merokok

22. Singkirkan rokok dan semua benda berkaitan

23. Stabilkan emosi anda

24. Sibukkan diri

25. Kawal perbelanjaan harian

26. Biarkan orang tahu anda sedang cube berhenti

27. Luangkan masa terluang dengan orang tersayang

28. Aktif bersukan

29. Sibukkan diri dengan keje amal dan sukarela

30. Mulai menabung dgn wang yg sepatutnya membeli rokok

31. Kunjungi klinik atau hospital terdekat

32. Dpatkan  pendapat masyarakat

33. Jika anda gagal utk berhenti merokok. mulakan sekali lagi
Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

17.5.11

Cara Mendidik anak-anak


Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani
Assalamualaikum semua

 Bagaimana anda mendidik anak-anak anda? Untuk mendidik anak2, segalanya bermula dari hati. Ibu bapa berperanan penuh dlm m'didik. Anak ibarat kain putih. Mereka yg diamanahkan oleh Tuhan kpd pasangan yg sah b'gelar suami isteri. Byk ilmu keibubapaan yg diperolehi sama ada secara islam mahupun psikologi barat. Menurut pakar pembangunan kanak-kanak dr Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Doktor Natham Blum berkata bahawa menjerit bukan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak-anak.




Terdapat 10 panduan untuk mengatasi masalah berikut:

  1. Beritahu anak-anak apa yg sebenarnya yg perlu mereka buat dan menjauhkan setiap larangan. Biar mereka mengetahui peraturan yang betul dan jika mereka mematuhinya, berikan habuan kpd mereka sbg ganjaran kerana berkelakuan baik. Bagaimanapun, jgn lupa utk m'hukum mereka jika m'langgar peraturan itu.
  2. Jangan sesekali menjerit kpd anak. Mereka sudah tentu enggan mengubah sikap. Gunakan bahasa yg mudah difahami bila berkomunikasi dan tawarkan ganjaran istimewa seperti bacakan buku cerita kpd mereka.
  3. Apabila m'betulkan kesilapan yg dilakukan anak, jgn byk berleter dan gunakan bahasa yg mudah mengikut kesesuaian usianya.
  4. Jika m'ugut utk m'hukum anak itu krn kesilapan yg dilakukanya, pastikan ia dilakukan mengikut apa yg pernah dikatakan. Hasil kajian m'buktikan kanak2 yg diugut akan dihukum kerana jika melakukan kesilapan, ia akan mengubah pernagai mereka
  5. Harus konsisten. Jangan harini m'hukum kesilapan yg dilakukan oleh anak tapi apabila mereka mengulangi kesilapan itu, tiada sebarang hukuman dikenakan.
  6. Elak m'gunakan perkataan 'Jangan' berulang kali kerana ini akan menyebabkan mereka bosan. Misalnya, gunakan ayat seperti, "mak akan suka kalau awak berhenti bergaduh dengan adik".
  7. Sentiasa bersabar dan kawal perasaan. kanak2 akan gembira sekiranya melihat ibu mereka geram dengan tindakan yg dilakukan.
  8. Katakan kpd anak2 bhw mereka sentiasa disayangi dan sebaik-baiknya nyatakan perkara itu setiap hari. Luangkan masa setiap hari bersama-sama mereka utk memastikan mereka sentiasa di hargai.
  9. Ibubapa hendklah berkerja sbg sebuah pasukan. Jgn sesekali m'jadikan anak2 t'fikir ibubapa tidak pernah m'endahkan tingkah laku dan tindakan yg dilakukan
  10. Luangkan masa utk b'bincang  dan bersuka ria b'sama anak2. Jangan lupa utk bertanya anak2 perihal kegemaran mereka dan dgr masalah yg dihadapi. Dgn cara itu, anak2 akan m'hormati dan m'dengar nasihat yg diberi.




    Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

    5.1.11

    5 tip motivasi *kerjaya & perniagaan*


    Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani

    Salam sejahtera dan salam tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan perniagaan.


    5 tip motivasi kerjaya & perniagaan
    Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah. contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih akan datang!

    Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!

    Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!

    Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak

    Kurangkan stress. stress merupakan punca kepada banyak penyakit! SITUASI tidak mengakibatkan stress- contoh, terkandas dalam jam: ada orang yang stress, ada orang yang rilex je... apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. banyak2 bersabar- bersabar kan separuh dari iman ;)

    Semoga membantu anda!!!

    credit to: Irfan khairi

    Edit by:

    Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

    1.1.11

    LIMA TIPS TAHUN BARU


    Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani

    Tahun baru telah tiba, semoga azam 2010 telah tercapai. Hari ini, ingin saya kongsikan 5 tip motivasi terbaru dan terbaik untuk anda dan juga diri saya sendiri mudahan sebagai penyuntik semangat pada tahun baru ini.

    5 tip motivasi tahun baru

    Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!
    ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)

    SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga

    fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!

    hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?


    Credit to: Irfan Khairi


    Edit by:

    Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

    25.12.10

    Khasiat Kemenyan Putih


    Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani

    Assalamualaikum w.bt...

    Pernahkah anda makan kemenyan putih?? Kemenyan putih juga terkenal dgn nama kemenyan Arab dan blh didapati di kedai-kedai remaph ratus yang biasanya dimiliki oleh orang India

    Antara khasiat Kemenyan putih ialah:
    • Mengubati penyakit lupa
    • Menguatkan penglihatan
    • Menguatkan kisaran perut
    • Menghapuskan kahak
    • Mengeluarkan angin dlm badan
    • Melawaskan pembuangan air kecil
    • Membersihkan hati daripada sifat dengki
    • Meringkan lidah dan mudah berkomunikasi
    Ibn Abbas, seorang penghafaz dan Ahli Quran berkata:
    "Memakan satu misqal (bersamaan 4.2gram) gula bersama 1 misqal kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dpt membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan"

    Imam Sayuti dlm kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    "Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepda anak-anakmu kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan" (riwayat al-Dailami


    pic from google


    Cara makan kemenyan putih

    1. Rendam kemenyan putih didalam air pd waktu malam
    2. Keesokannya sebelum mkn pagi campurkan kemenyan putih dgn gula pasir dengan nisbah 1:2
    3. Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
    4. Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat 27-28 surah Luqman pada 2 grams kemenyan putih itu dan dicampur dgn madu lebah serta dimakan setiap hari

    (Petua drpd Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dlm Laqzah al-'Ujlan)


    Edit by:

    Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

    18.11.10

    Tips Sihat utk mengurangkan berat badan


    1. Kurangkan makanan dan minuman manis dan hindarkan minuman bikarbonat.

    2. Nabi Muhammad menyarankan supaya berhenti makan sebelum kenyang. Otak mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi mengenal pasti yang perut kita sudah kenyang.

    3. makan sedikit tapi kerap. Jangan makan nasi 2 pinggan sekaligus

    4. Makan 5 hidangan buah-buahan ataupun sayur-sayuran setiap hari. Warna2 hidangan memainkan peranan penting seperti:

    Merah- kekuatan memerangi barah kerana anti oksida yang tinggi seperti buah tomato, betik dan anggur

    Hijau- memelihara mata seperti bayam dan brokoli

    Oren- menguatkan sistem imunisasi badan seperti oren, mangga, lobak merah, dan aprikot.

    Kuning-Kandungan vitamin yg tinggi dan membantu sitem penghadaman seperti nenas dan oren

    Biru/ungu- anti oksida seperti blueberry

    Putih- mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah dan melawan infeksi
    seperti bawang putih

    5. Kurangkan kuantiti pengambilan makanan perlahan-lahan. Jangan kurangkan secara drastik.



    6. Selalu menggosok gigi anda supaya anda berasa segar dan ia adalah 1 syarat bahawa anda sudah makan

    7. Minum air kosong 8 gelas sehari tapi minum sebelum makan dan setengah jam selepas makan. Jangan sesekali minum semasa makan.

    8. Makan hanya di meja dapur

    9. Bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu. 30 minit setiap sesi. Paling mudah berjalan dengan cepat ataupun berlari setempat.

    10. kurangkan menonton televisyen kerana kerana kita x dpt mengawal pemakanan ketika ini.

    Sentiasa semak jadual rutin anda. adakah anda mengikut jadual diatas?


    Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

    Related Posts with Thumbnails