Sahabat-sahabatku yang dikasihi sekalian. Semoga dalam dakapan iman sentiasa hendaknya. Saya, alhamdulillah, sihat walafiat.
Hari ini, ingin berkongsi sedikit pengisian ringkas yang sangat besar maknanya. Ia diperoleh dari emel yang dihantar oleh Irfan khairi. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat mencambahkan pengetahuan kita semua.
Hari ini, ingin berkongsi sedikit pengisian ringkas yang sangat besar maknanya. Ia diperoleh dari emel yang dihantar oleh Irfan khairi. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat mencambahkan pengetahuan kita semua.
Kawan-kawan, baru-baru ini saya ada membaca artikel mengenai usaha pencarian minyak yang giat dijalankan oleh syarikat pengeluaar minyak. Artikel tersebut melaporkan sebelum mereka menggerudi telaga minyak, syarikat perlu mengkaji pembentukan batuan di lokasi dengan teliti.
Tetapi selepas menjalankan analisi saintifik yang terperinci, enam daripada tujuh lokasi yang digerudi biasanya kering dan tidak mengandungi minyak. Syarikat minyak begitu gigih mencari minyak.
"GIGIH DI SINI TIDAK BERMAKNA MEREKA MENGGERUDI LUBANG DITEMPAT YANG SAMA TANPA HENTI, TETAPI MENGGERUDI DI LAIN-LAIN LOKASI APABILA LOKASI TERKINI YANG DIGERUDI TIDAK MEMBUAHKAN SEBARANG HASIL".
Ramai orang yang bercita-cita tinggi mengharungi kehidupan dengan kegigihan dan impian yang mengagumkan. Namun begitu, mereka tidak Berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka enggan mencuba pendekatan-pendekatan baru.
Ingat, tumpukan pada matlamat kita, jangan sekali-kali berpaling daripadanya. Tetapi jangan 'berdegil' dengan hanya bergantung kepada satu cara sahaja. Apabila pendekatan yang kita gunakan kini tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, maka cuba pendekatan-pendekatan baru. Ia akan membezakan antara kegagalan dan kejayaan dengan 5 cara yang boleh kita gunakan sebagai panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan;
- Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan baru.
- Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh Berjaya pada lain kesempatan.
- Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjilkan sikap seorang yang professional.
- Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.
- Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekececewaan dari ingatan kita.
"minda kita hanya melihat atau menilai keadaan mengikut apa yang kita mahu lihat. Fokuskan pada aspek positif dan takluki kegagalan."
note: alhamdulilah, arini saya dpt result final exam yang baik, CGPA pon naik, saya akan kenalpasti kelemahan yang ada pd sem lepas utk perbaiki lagi utk sem depan. InsyAllah.
0 1000 something to say:
Post a Comment
anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.