Daripada Amirul Mukminin, Umar bin Al-khattab, r.a. berkata, beliau m'dengar Rasulullah s.a.w bersabda, yg bermaksud:
"Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat. Dan bagi setiap individu akan m'dapatkan apa yg diniatkannya. Barangsiapa, yg hijrahnya menuju kpd Allah dan Rasulnya maka dia menuju kpd Allah dan rasulnya. Dan barangsiapa yg hijrahnya menuju kpd dunia krn ingin memperolehinya, atau wanita krn ingin dinikahinya maka dia menuju kpd apa yg dihijrahkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Aspek utama hadis diatas dipilih kerana ia menyentuh tentang keikhlasan dlm beribadat, iaitu niat. Ia mengkhabarkan kpd kita bahawa setiap amalan yg dilakukan merupakan ibadah jika disertai dgn niat yg betul. Sudah tentu ia akan memudahkan si pembuatnya mencapai keikhlasan kpd Allah.
Ikhlas merupakan 1 sikap yg sukar dicapai oleh umat islam. Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakn amalan atau lafaz keikhlasan yg diucapkan seperti, "Saya ikhlas menderma". Ataupun "Saya ikhlas membantu". Itu hanya lafaz. Tapi ikhlas tu merupakan amalan hati yg dinilai melalui niat seseorg melakukan kebaikan.
Tambahan pula, hadis ni, menerangkan bhw mereka yg melaksanakn amalan semata-mata krn Allah maka dia akan dpt habuan selayaknya drpdNya. Begitu juga jika niat dipesongkan kpd tujuan keduniaan atau sebagainya maka dia kan peroleh pe yg dihajatkan.
Sabda Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh muslim yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu".
Sumber rujukan: majalah Gen-Q, Isu no1. m/s 10
0 1000 something to say:
Post a Comment
anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.