-->

23.7.11

Home » » Dajal kecil dan sikap kita

Dajal kecil dan sikap kita


Hadis2 yg menceritakn tentang dajal sgt byk hingga m'capai darjat mutawatir. Semua riwayat berkenaan dgn hal ini menyebut bhw dajal bukan hanya seorang, bahkan berpuluh-puluh org. Semuanya mengaku sebagai nabi. Kemudian ditutup dgn dajal terbesar (al-Masih Dajal) yg tidak lagi mengaku nabi, malah mengaku sebagai tuhan.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan drpd Abu Hurairah bhw Nabi s.a.w. bersabda yg bermksud, "Tidak akan berlaku kiamat sebelum dibangkitkan 30 dajal pendusta hampir sebanyak 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah."

Dlm sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, al-bazzar, al-Tabbarani drpd Huzaifah bin Yaman bhw Nabi s.a.w. bersbda yg bermaksud," Dlm umatku ada para pendusta dan dajal sebanyak 27 org. 4 antaranya perempuan. Aku penutup para nabi. Tiddak ada nabi selpas ku.

Dajal kecil

Secara bahasa dajal berasal drpd perkataan dajala yg bermakna berbohong, menipu, menutupi seperti melapisi besi dgn emas. Imam al-azhari (seorg pakar bahasa Arab) berkata "Setiap pembohong besar diberi gelaran dajal sebab ia menutupi kebenaran dgn kedustaanya.

Dajal pada zaman Nabi s.a.w

Beberapa dajal pernah muncul pd masa nabi s.a.w iaitu Musailamah al-Kazzab dan Aswad al-Ansi. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan drpd Abu Hurairah bhw nabi s.aw bermaksud "Ketika tidur aku bermimpi melihat dua gelang emas di tgnku. Kedua-duanya menyusahkan fikiran daku. Lalu diwahyukan kpdku, "tiuplah kedua-duanya. Aku lalu meniupnya, kedua-dua gelang emas itupun terbang jauh. Aku m'takwil bhw kedua-dua itu ialah 2 org pendusta besar setelahku, salah satunya al-Ansi dan yg lain ialah Musailamah."

Musailamah bin Habib lahir di kota Yamamah. Ia pernah dtg ke madinah bersama kaumnya bani hanifah utk menyatakan keislaman mereka dihadapan rasulullah s.a.w Setelah kembali ke Yamamah, Musailamah mengaku dirinya m'jadi nabi dan mula membuat puisi2 utk meniru al-Quran.Ia tetap mengaku Muhammad sbg rasul Allah , namun pengakuan dirinya sbg nabi ni merupakan pendustaan terhadap kenabian Rasulullah s.a.w sebab baginda pernah bersabda yg bermaksud "Aku penutup para nabi. Tidak ada nabi selepasku." Oleh sebab itu, Rasulullah tegas menilai Musailamah (dan org mengaku nabi  setelahnya hingga berlaku kiamat) adalah pendusta.



Langkah2 proaktif masyarakat dlm menangani dajal kecil


Para intelektual yg terdiri daripada para ulama dan cerdik pandai islam, berkewajipan menjaga akidah umat dan melawan dajal2 kecil ini. Tugas ini boleh dilakukan dgn berbagai cara:


Ambil berat setiap masalah pendustaan akidah dlm masyarakat.


Setiap masalah pendustaan akidah yg terjadi dlm masyarakat Islam hendaklah ditangani. Kita patot meneladani sikap Rasulullah s.a.w. ketika mendengar berita tentang nabi2 palsu pada masanya. Al-safadi dlm al-Wafi bi al-Wafayat  meriwayatkan drpd ibn Abbas, katanya: "Nabi s.a.w memerangi al-Aswad, Musailamah dan Thulaihah dgn utusan-utusanya. Sakit kuat ( yg sedang diderita) tidak menghalang baginda utk melaksanakan hukuman Allah & membela agamaNya.

Punyai kemahiran dan keberanian

Kita mesti memiliki kemahiran serta keberanian menyingkap pembohongan yg dihias indah itu. Ibn Hajar bercerita dlm al-Isabah fi Tamyiz al-sabahah bhw Zabyan bin Saad (seorang sahabat Nabi s.a.w) berkata dgn tegas kpd Thulaihah bin Khuwailid yg mengaku sbg nabi: "Kamu hanya seorang bomoh yg kadangkala benar ucapanya dan kadangkala keliru. datanglah bukti seperti al-Quran jika kau benar. Jika tidak tinggalkanlah kami".

Serius

Ini yg terpenting, yakni mesti serius berusaha menghapus kejahilan dan meyebarkan ilmu dalam kalangan masyarakat awam agar tidak lagi mudah tertipu oleh para pembohong profesional ini. Ilmu adalah senjata utama dan terpenting dlm memerangi dajal-dajal kecil ni, dan setiap individu islam mesti membekalkan dirinya dgn senjata ini utk menjaga akidahnya agar tidak dirosakkan oleh dajal. Bukankah rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud, "sesiapa yg menghafal 10 ayat dr awal( dr riwayat lain, akhir) surah al-kahfi, maka ia akan terpelihara drpd fitnah dajal." (Riwayat Muslim drpd Abu Darda)

Sumber:Majalah Solusi. Isu 6, m/s 101

note: perasan tak sekarang ni kita diambang tanda2 besar hari kiamat...kita adalah umat akhir zaman. bertaubatlah dan insaflah perbuatan2/ kesalahan yg telah kita lakukan, sebelum terlambat...

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails