-->

22.12.11

Home » » ikhtilat di Facebook

ikhtilat di Facebook


Salam dan selamat pagi....


Hari ini kaki lenguh berjalan dan berjalan ke rumah demi rumah. Sampai satu tika bukak FB jumpa satu alamat rumah yang agak sarat dan sarat dengan perkongsian. Sangat berharga. Sangat valuable. Satu demi satu dijelajah  segala perkongsiaan. Sampai satu tika jumpa tajuk yang agak sempoi tapi padat dan agak kena pada diri sendiri.

Active dan deactive:

Itu memang masalah saya. Facebook. Kejap active kejap deactivate. Orang kata FB boleh dijadikan satu jalan dakwah. Tapi FB jugak boleh jadi lagha dan melaghakan. Macam mana boleh jadi lagha. Tanya insaniah diri kita sendiri. Lain orang lain pendapatnya.

Tapi apa yang pasti FB mmg boleh menyambungkan ukhuwah yang dah lama terputus. Boleh jugak wat berperang bila yang sana kutuk sini,yang sini kutuk sana. Conclusinya FB ada baik ada buruknya.

Bagi saya,ada masa FB baik utk diri saya ada masa boleh jadi masalah hati. Itu memang masalah besar.

Bila baca artikel Lagi-lagi facebook ni memang menyedarkan diri sendiri. Penah satu ketika saya buang semua friend lelaki. Tipu kalau saya katakan semua. Ada yang tinggal beberapa orang. Itupun sebab tak ter'delete'.Sebab-sebab kenapa menapis kekawan kat FB sebab nak jaga hati nak jaga pandangan dan nak jaga hubungan dengan Allah..
Steps dat I had taken before kalu ikutkan dah betul dah. Tapi istiqamahnya tidak. Mujahadahnya sikit. Memang perlukan muhasabah diri balik.

Sometimes, sayang nak lepaskan somthing yang kita suka walau tak baik untuk diri dan hati. Muhasabah diri memang diperlukan. Agar hati sentiasa hidup tanpa diganggu. Agar akal terus berfikir dan hati sentiasa berzikir.

 Pinjam kata-kata pemilik rumah ALARM ME,
"Walaupun saya delete akaun kamu, kamu masih kawan sekolah saya. Kamu masih kawan universiti saya. Kamu masih kawan yang pernah saya kenal dahulu. Bezanya, kamu bukan kawan saya di facebook. Itu sahaja."
Dan kata-kata yang membuatkan akal ligat berfikir;

"Perbualan saya dengan rakan diperhati lelaki ajnabi. Malahan ada balasan komen. Akses kepada aktiviti seharian berada dalam pengetahuan mereka. Dimana maluku"
Sedangkan malu itu berangkat dengan iman. Iman yang kuat itu perlu diminta dari Allah tapi jua perlukan mujahadah.Sama-sama muhasabah.

Dan last but not least perlu diingatkan. Tentang FB tentang Ikhtilat semua ada pendapat masing2. Kalau saya begini mungkin ada lain pula pendapatnya kan. Hati? Masing-masing tahu bicara hati kita sendiri. Mana yang terbaik buat kita mudah-mudahan ia juga terbaik disisi Allah.

"Ukhuwah itu bagai seutas tasbih. Ada awal tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNya. Dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya"




dan lagi satu yang saya tak suka, bila seseorang itu diluar bukan main menjaga iktilat, bila di FB, emmmm bukan main sakan lagi komen dan di status fb mcm2 ckp psal ikhtilat, tapi dia tu, bukan main sakan lagi komen antara laki dan perempuan, siap bergurau-senda lagi, kalau ia pon di luar malu nak bertegur sape, di fb jagalah batas2 anda itu, jika sekadar ingin bertanya perkara2 penting di fb, mungkin dibenarkan.. 



Kata Hati : Moge Allah kuatkan hati ini untuk mujahadah. InsyaAllah..Bukan memutuskan silahturahim tapi satu cara untuk menjaga hati dan tundukkan pandangan.








Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails