-->

1.8.11

Home » » Coretan Ramadhan di hari pertama

Coretan Ramadhan di hari pertama




“Teacher, petang ni buka puasa ya?”, tanya Amira kepada saya.
“Ya. Kenapa amira?”, saya menjawab.
“Petang ni buka puasa. Tutup puasa bila?”, soalnya kepada saya.


Err, tergamam saya. Susah juga nak menjawab bila kanak2 sudah belajar perkataan berlawanan ini.


“Tutup puasa bila habis bulan puasa la amira”, saya cuba menjawab.
“Ooo…”, balasnya sambil berdiri melihat Abi dan Umminya bersiap untuk berbuka puasa.


Ramadhan tiba lagi. Ramadhan kali ni disambut di tadika. Ia Ramadhan pertama saya utk mengajar kanak2 ni berpuasa.


Amira belum bersedia untuk berpuasa penuh, tetapi saya dan cikgu2 lain mula sedikit demi sedikit memahamkan kepadanya apakah yang dimaksudkan dengan puasa itu. Kanak2 lain pula seperti biasa. Ade yg pose setengah hari dan ade yg x pose.


BACA AL-QURAN


“Pandai tak Teacher baca Quran?”, saya bertanya kepada amira dan aman yang asyik mendengar saya membaca al-Quran sejak dari pagi tadi.


“Pandai. Wah… lajunya Teacher baca!”, kata Aman.


“Bila laju baca, baru seronok. Nak baca laju-laju, Aman kena la baca Iqra’ selalu. Jangan malas-malas”, saya mengacah.


Fathurahman mengangguk.


Saya sering menunggu kedatangan Ramadhan untuk mengambil peluang menambah credit hour saya membaca al-Quran. Ada beberapa kualiti penting dalam hidup ini yang amat saya harapkan dengan kedatangan Ramadhan.
Makan bersama ahli keluarga, solat bersama dan seterusnya membaca al-Quran sebanyak-banyaknya.


PANJANG UMUR DENGAN AMAL


Apabila manusia berdoa minta dipanjangkan umur, ada perbincangan di kalangan ulama tentang keharusan dan faedah berdoa sedemikian rupa. Namun bagi saya, kita sering menyangka bahawa panjang umur itu ialah pada bertambahnya bilangan hari, bulan dan tahun. Tetapi di sisi Allah, cara Dia memanjang dan memendekkan umur kita jauh lebih unik dan tersirat.
Allah memanjangkan umur kita dengan meningkatkan kualiti hidup dan usia pada perkara yang bernilai lagi berfaedah. Umur manusia dipendekkan-Nya apabila manusia hidup tanpa makna, tanpa jasa, tanpa nama dan matinya terus dilupa.
Umat akhir zaman diuji dengan perasaan bahawa 24 jam sehari yang Allah sediakan untuknya itu terlalu pantas berlalu. Sedangkan dia lupa bahawa jumlah yang sama telah Allah berikan kepada generasi Islam yang lalu seperti Imam Nawawi. Namun, kepantasan masa berlalu itu lebih berpunca daripada banyakkan perkara tidak bernilai yang mengisi kehidupan kita, lantas kita gagal mengesan bekas dan kesan masa itu apabila menoleh ke belakang.


“Eh, lajunya masa berlalu”, kata kita setibanya Ramadhan.


Bukanlah masa itu yang laju berlari, namun kita yang perlahan mengejar dan memanfaatkannya.


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, kerana ia mungkin yang terakhir buat kita… Ameen.




Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

2 1000 something to say:

Anonymous

selamat mgajar ye teacher.. insyaAllah gee nak amek keberkatan di bulan puasa nih utk khatam al quran.. ^^

Putri N@ilofar

Thanks gee...InsyAllah...Amin

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails