1. Bertakbir
- Sunat bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula dari malam raya sehingga imam mengangkat Takbiratulihram untuk solat sunat Hari Raya.
2. Mandi Sunat, memakai pakaian yang terbaik(bukan semestinya baru!) dan berwangi-wangian.
- Imam Al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Hasan Bin Abi Talib r.a berkata : “ Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua Hari Raya supaya memakai sebaik-baik pakaian yang kami miliki, menggunakan wangian yang paling baik dan menyembelih binatang korban yang paling berharga(mengikut kemampuan). (Al-Mustadrak al-Hakim)
- “Rasulullah s.a.w sentiasa mandi pada Aidilfitri dan Aidiladha”(Riwayat Ibn Majah)
3. Makan sebelum keluar rumah.
- Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Anas B. Malik berkata : “Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah Baginda pada hari Aidilfitri melainkan Baginda akan makan beberapa biji tamar terlebih dahulu. Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil(bukan genap).”(Riwayat al-Bukhari)
4. Pergi ke masjid dan pulang dengan melalui jalan yang berbeza.
- Jabir bin. Abdullah menceritakan bahawa pada Hari Raya, Rasulullah s.a.w menggunakan jalan yang berbeza. (Riwayat al-Bukhari)
- Kita akan bertemu dengan lebih ramai umat Islam lain dan dapat mengeratkan silaturrahim.
5. Ucapan Hari Raya
- Jubair bin. Nufair r.a berkata : “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan …
"Taqabbalallahu minna wa minkum"
Maksudnya : “Moga-moga Allah menerima amalan kami & amalan kalian semua”
(Ibn. Hajar, Fath al-Bari)
- Namun, tidak salah untuk mengucapkan ‘selamat hari raya, maaf zahir batin’, tetapi sebagai umat yang sentiasa ingin menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh, utamakanlah ungkapan yang diamalkan pada sahabat ini, kemudian diikuti adat masyarakat setempat.
6. Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah.
- Umat Islam disunatkan melakukan solat sunat pada kedua-dua Hari Raya secara bejemaah(aidilfitri & aidiladha) & mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan.
Sahabat-sahabat, Ingatlah kebesaran Allah dan bersyukurlah padaya di hari kemenangan ini. Berkongsilah kegembiraan hari ini bersama golongan fakir miskin dengan memberi zakat & bersedekah pada mereka. Janganlah kita menyambut Syawal dengan merosakkan ketaatan pada Allah yang telah dibina dan dikuatkan sebulan lamanya di bulan Ramadhan. Antaranya menyambut Hari Raya hingga melalaikan solat, tidak menutup aurat, pergaulan tanpa batas antara lelaki & perempuan yang bukan mahram, makan terlampau banyak sehingga membahayakan kesihatan dan berlaku pembaziran. Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Wassalam
Credit to: Blog Teh Secawan
0 1000 something to say:
Post a Comment
anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.