-->

24.12.10

Home » » Suka-suki

Suka-suki


Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani



Al-kisah seorang wanita hendak pergi bersarapan bersama keluarganya di sebuah kedai mamak.Si adik, memesan roti canai kosong & hot chocolate, si abang memesan makanan roti canai & air horlicks, si ayah memesan air kopi jantan & roti & telur separuh masak dan wanita tersebut memesan roti canai kosong & teh O Halia..

Sedang wanita tersebut sudah selesai makan, dia pon berborak-borak dengan adiknya. Tiba-tiba dia terpandang dua jejaka yang agak lame tidak dijumpai semasa sekolah dulu..si jejaka tersebut pon memandangnya kembali wanita tersebut, tetapi jejaka tersebut tidak mengenali wanita itu lagi. mungkin dia ingat-ingat lupa tentang si wanita tersebut kerana jejaka tersebut merupakan senior kepada wanita itu ketika zaman persekolahan dahulu.

Pada waktu tengahari, wanita tersebut bertolak ke Seremban untuk mengambil keputusan PMR adiknya di sekolah berasrama penuh.Ketika sedang mencari-cari kelibat adiknya di dalam dewan, wanita tersebut terserempak dengan kawan lama semasa sekolah menengah dahulu. tidak sempat berborak panjang, wanita tersebut pon menghilangkan diri mencari kelibat adiknya tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kawanya itu.Alhamdulilah, keputusan PMR adik wanita itu amat membanggakan mereka sekeluarga.

Petangnya pula, wanita tersebut menziarahi jiran di rumah lamanya yang ditinggalkan 1 tahun yang lalu. Rumah tersebut sudah didudukinya selama 10 tahun di sana. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang dia duduki di rumah tersebut.

Sekian..

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..=)

note: sory kwn2, sy xdpt g reunion sok, bcoz sy de hal lain & selamat bertunang kepada kwn sy,Hafiza Syahida. Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin...

Created by:


Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails