-->

14.6.11

Home » » Apam + ice cream

Apam + ice cream


Arini saya saje2 je la bawak kuih kt tadika, kasi bdk2 ni makan..pastu de sorg bdk ni ckp..sedap la teacher..nak lagi blh? abes licin tadi dorg makan...pas2 de sorg teacher lain dtg mkn plak...wah, pndai la ina wat..blh kawen da ni..minta resepi...hahaha...yg lain pon ikut gelak same...
ok, ni resepi yg akak minta tu...

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
•    2 biji telur 
•    1 cawan gula pasir 
•    1 cawan air 
•    1/2 cawan minyak masak 
•    2 sudu besar marjerin 
•    2 sudu besar susu pekat 
•    1 sudu teh soda bikarbonat.
 
•    1 1/2 cawan tepung gandum.  


Cara-cara 
1.    Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2.    Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
3.    Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
4.    Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
5.    Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. 
6.    Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. 
7.    Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 





Kalau nak lagi sodap, blh tambah aiskrim....bdk2 sgt sukakanya


Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails