-->

2.3.12

Home » » Skrin dapat berkata-kata??

Skrin dapat berkata-kata??


Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA, Tuhan sekalian alam. Yang masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan hingga ke saat ini.

Segala puji dan puja hanya untukNYA. Selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda. Entry  hari ini tentang internet.



Internet adalah salah 1 bentuk anugerah dan nikmat Allah.Bayangkan, Sekiranya skrin, mouse, dan keyboard dpt berkata-kata, tentu mereka menegur mana-mana pengguna yang berbuat maksiat menerusi internet. Yang pasti, anggota tubuh seperti tangan dan kaki menjadi saksi pada hari akhirat sebagaimana tercatat dalam surah yassin ynag sering dibaca.






Hari akhirat turut dikenali sebagai hari penyesalan. Setiap orang akan menyesal.


  • Anak menyesal kerana kurang menghormati dan buat kebajikan kpd ibubapa, 




  • Pelajar menyesal kerana kurang bersungguh-sungguh menggali ilmu, 




  • Suami dan isteri serta ibubapa menyesal kerana kurang kasih sayang dan bimbingan kepada ahli-ahli keluarganya.




  •  Hamba menyesal kerana kurang tekun beribadah kepada Tuhannya
  •  serta menyesal kerana kurang mengotimumkan tangan dan kaki untuk jalan kebaikan.



Bayangkan,Sekiranya skrin dan keyboard dpt bergerak, barangkali (bg user yang mahu salah guna internet) skrin mogok enggan menayangkan sebarang visual. Mouse membiarkan tangan melekat padanya. manakala keyboard lebur hangit lalu membentuk tulisan2 seperti:



  • "Allah melihat apa yang anda wat"








  • "iman inside itu bukn sekadar di lidah dan di hati tapi dibuktikan melalui amalan!"




  • " Mati akan datang pada bila-bila masa sahaja"




  • "Jangan berlagak apabila boleh bayar bil internet dan elektrik. Dengan apa boleh dibayar bil mata dan bil jari kamu??"



Bayangkan,Sekiranya mouse boleh berubah menjadi tikus, tentu jari jemari anda yang asyik mengklik alamat URL yang bukan2 digigit tanpa sebarang belas kasihan!




Note: Mata muslim digital (org islam zaman sekarang) lebih byk melihat skrin berbanding sejadah. Alangkah beruntungnya mereka yang apabila mata berkiblatkan skrin dan sejadah, hatinya berkiblatkan Allah

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails