-->

7.3.12

Home » » Internet itu makhluk, Allah itu Khalik

Internet itu makhluk, Allah itu Khalik


Internet hanya makhluk, sesuatu yang dicipta. Allah adalah khalik yang bermaksud pencipta. Tak dinafikan, intenet dan alat-alat yang berkaitan dengannya seperti diod, transistor, kapasitor, cip, modem dan lain-lain adlah ciptaan hebat. Ia berkembang dengan drastik. Cukup pantas. Berubah daripada sebesar rumah kepada bersaiz telapak tangan.




Telefon bimbit pula dapat mengakses internet secara tanpa wayar. Diramalkan KL akan menjadi kota raya tanpa wayar. Saiz dunia umpama sebesar kampung (global village). Jika flinston hidup pada zaman ini, tentu dia terpegun dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ini.

Namun begitu, manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, melebihi rasa terpegun dan kagum kepada Maha pencipta, Tuhan semesta alam. Ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit. Ramai orang kagum dengan kolam renang dalam taman. Namun, kurang kagum dgn pencipta air yang memenuhi kolam berkenaan dan Tuhan yang menghidupkan tumbuhan di dalam taman.

Selain itu, manusia juga sering terpegun dgn penguin, harimau bintang dan beruang panda yang x pernah dilihat seumur hidup. Namun, x hairan, melihat ayam di zoo kerana terdapat puluhan ayam di belakang rumahnya. Bukankah ayam itu hebat kejadian dan ciptaannya? Pemeliharan ayam x mampu memanjangkan bulunya, menambahkan  dagingnya, membolehkannya bertelur dan lain-lain

Begitu juga dengan diri kita, ciptaan makhluk terhebat di planet bumi. Begitu juga dgn internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Tuhan. Siapakah pencipta elektron dalam arus elektrik apabila suis dibuka dan elektron yang membantu meenghantarkan data? Sudah tentu Allah.




Allah yang mengizinkan kita mengakses internet. Oleh itu, apabila timbul rase kagum kepada sebarang penemuan, reka cipta,dan inovasi, ucapkan masya-Allah yang membawa maksud Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan. ia adalah antara perkara yang di ajar oleh Nabi Muhammad s. a.w

Selain kitamudah berasa kagum pada teknologi yang sofistikated, manusia juga mudah kagum dengan kehebatan manusia dari segi kekayaan dan kecantikan. Bukankah Firaun dahulunya kaya tapi mati dalam keadaan hina? kekayaan dan kecantikan hanya bersifat sementara.

Kecantikan manusia lenyap dalam masa beberapa hari selepas dikuburkan. Hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang. dalam hadis yang direkodkan oleh Tirmizi  dan Muslim,
 nabi berkata, "Sesungguhnya allah tidak memandang kepada jasad dan rupa kamu, tetapi dia memandang kepada hati kamu."
 Sudah pasti internet, pereka cipta, dan penggunanya adalah makhluk, manakala Allah iaitu pencipta (khalik) kekal sampai bila-bila
Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

2 1000 something to say:

Nafisah Ruslan

subhanallah.. kagumnya! :)
comel belog ni.. hehe

Putri N@ilofar

@Nafisah Ruslan: Thanks nafisah...header kamu lagi comel sbb 2 abg ben promote blog awk...

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails