-->

30.1.12

Home » » ‎~Mimpi Pengajaran~

‎~Mimpi Pengajaran~










Seorang lelaki bermimpi dikejar seekor harimau.Dia berlari ke arah sebatang pokok dan terus memanjat lalu duduk di atas salah satu dahan pokok tersebut. Saat dia memandang ke bawah, harimau masih menunggunya di bawah pokok tersebut.

Dia menoleh ke tepi dan terlihat ada dua ekor tikus sedang mengelilingi dahan yang sedang didudukinya.Seekor warna putih dan
 seekor hitam sedang memakan dahan pokok tersebut dan boleh mengakibatkan dahan tersebut patah pada bila bila masa sahaja.

Saat dia menoleh ke bawah, dia merasa terkejut dan gerun kerana ada seekor ular hitam besar sedang terngangga mulutnya berada betul betul di bawah dahan yang dia duduki dan jika dia terjatuh dia boleh masuk terus ke dalam mulut ular tersebut. Dia melihat lihat kiri kanan jika ada dahan lain sebagai tempat dia bergayut.

Dia terlihat satu dahan yang mana ada terdapat sarang madu lebah.Titisan madu kelihatan menitik nitik dan dia mahu merasanya.Dia berjaya merasa satu titisan madu tersebut yang mana terasa sungguh lazat dan menakjubkan.Jadi dia berusaha lagi untuk merasa titisan demi titisan dan akhirnya dia leka hingga terlupa tentang dua ekor tikus,ular dan harimau yang ada di bawahnya.

Tiba tiba dahan pokok patah dan dia terjatuh lalu tersedar dari tidurnya.

Keesokannya dia cuba memahami maksud mimpinya itu dan akhirnya berjumpa orang bijak pandai yang boleh mentafsir mimpi tersebut.

Orang bijak pandai itu berkata, harimau yang anda lihat dan mengejar anda adalah kematian, ia selalu mengejar ke mana saja anda pergi. Tikus seekor putih seekor hitam adalah tanda siang dan malam.Ia mengelilingi datang silih berganti,memakan waktu anda dan semakin dekat membawa anda kepada kematian.

Ular hitam besar dengan mulut terngangga besar dalam dan gelap adalah kubur. Ia ada di situ menunggu anda jatuh masuk ke dalamnya. Sarang madu lebah adalah dunia ini dan titisan manis madu adalah nikmat dan kelazatan dunia.Kita pada mulanya merasa sedikit kelazatan dan memang merasa sungguh lazat. Kemudian kita merasa lagi dan lagi hingga kita terleka dan terlupa tentang masa, kematian dan alam kubur.

Pengajaran cerita :

1. Hidup di dunia penuh kenikmatan dan kelazatan yang boleh membuat kita terleka.
2. Kematian akan datang tanpa notis tanpa memo dan kita tidak boleh lari darinya.
3. Maka bersedih dan bersedialah untuk menghadapi masa akan datang sebelum terlambat dan menyesal di hari kemudian.

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails