Dikisahkan bahawa Ibrahim bin Adham bertaubat adalah kerana, pada suatu hari dia keluar memburu, setelah lama dia berada di atas kudanya maka dia pun berhenti dan mengeluarkan bekal makanannya untuk dimakan.Sedang dia makan tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang.
Melihat keadaan itu maka Ibrahim bin Adham pun naik ke atas kudanya lalu mengejar burung gagak tersebut. Akhirnya burung gagak itu hilang dekat gunung, maka Ibrahim bin Adham pun mendaki gunung tersebut dan didapatinya burung gagak itu berada dekat seorang yang mana kedua kaki dan tangannya di ikat.
Apabila Ibrahim bin Adham melihat orang itu maka dia pun membuka ikatan orang itu dan bertanya : “Bagaimana kamu boleh berkeadaan begini ?”
Maka berkata orang itu : “ Sebenarnya aku adalah seorang pedagang, aku telah di rompak oleh perompak dan mereka mengikat aku dan membiarkan aku bergini, aku berkeadaan begini sudah tujuh hari , dengan pertolongan Allah S.W.T maka burung gagak inilah yang selalu membawa makanan kepadaku , dia bertenggek di atas dadaku dan memotong-motong roti dengan paruhnya dan memasukkan ke dalam mulutku.”
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak membiarkan aku lapar.Setelah itu Ibrahim bin Adham pun bertaubat kepada Allah S.W.T, maka mulai itu dia tidak lagi memakai pakaian kebesarannya dan dia memakai pakaian sufi serta dia memerdekakan semua budaknya dan mewakafkan (sedekah) semua tanah dan hak miliknya, kemudian dia mengambik tongkat menuju ke kota Mekkah tanpa membawa apa-apa bekal dan kenderaan dengan berserah kepada Allah S.W.T.Dia tidak fikir sama sekali akan hal bekalan tetapi sebaliknya dengan kehendak Allah S.W.T dia tidak merasa lapar sehingga dia sampai di kota Mekkah.
( Hadis Arba’iin)
0 1000 something to say:
Post a Comment
anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.