-->

5.9.11

Home » » Raya ke Enam

Raya ke Enam


Peristiwa yg selalu mengeratkan silaturahim antara kita dan keluarga, sedara mara, jiran tetangga , sahabat handai ialah ketika tibanya hari raya. Sambil makan ketupat rendang dan kuih muih serta air soya, disertai dengan dendangan lagu hari raya, suasana pada hari itu sgt menyeronokkan. Namun yang sebenarnya mengeratkan ikatan silaturahim bukanlah terletak pada tarikh atau dalam peristiwa tertentu. Ia perlu terjalin setiap masa, tidak kira hari, minggu, bulan, atau tahun. Selagi nyawa dikandung badan dan kita hidup bermasyarakat, selagi itulah kita perlu sgt memelihara silaturahim.

Jika dlm 1 hari kita tidak menjaga ikatan itu sehingga terlerai dan bermasam muka, maka hilanglah nikmat rezeki kita. Seperti riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah menyambung silaturahim."



waktu kemuncak

dtg awal pagi, tu yg kosong lagi tu..


wartawan2 da beratur utk ambil gambar


preparation pd awal pagi









Ok, back to the topic, semalam saya sekeluarga pergi rumah terbuka Tun Dr.Mahathir Mohamad. Tahun ni paling ramai sekali yg hadir. Tak putus2 yg dtg menziarahi. Dari pagi sampai ke malam orang datang berkunjung..

Seperti rumah terbuka yg diadakan ini, ia dapat mengeratkan silaturahim sesama bangsa dan agama. Lihatlah pelbagai kaum yg hadir ke rumah terbuka seperti kaum cina, india, melayu, arab, pakistan dan lain-lain. Inilah yg dinamakan 1 Malaysia.Salam kemerdekaan dan Salam aidulfitri..


note: tinggal seminggu je lagi nak masuk kampus balik...mood: beraya lagi...^_^

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails