-->

15.3.11

Home » » Isyarat Tangan Freemenson

Isyarat Tangan Freemenson


Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani


Assalamualaikum semua...


Tahukah anda, simbol peace yg anda semua posing dlm gambar itu bermaksud cara salam bagi freemenson...ish2..


Merujuk kepada simbol di atas, Dr, Cathy Burns menerangkan di dalam bukunya yang bertajuk Masonic and Occult Symbols Illustrated, bahawa dua jari yang terbuka ke atas merujuk kepada amalan-amalan dalam ajaran Freemason dan Gnostic Law of Oppasities. Menurutnya lagi, dua jari itu menggambarkan dua ciri yang ditonjolkan iaitu baik dan jahat, syurga dan neraka. Selain itu, simbol ini juga dianggap sebagai perlambangan kepada tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yang dipuja golongan pengamal ajaran kesyaitanan.



dan Tanda OK!





Simbol OK membawa pelbagai maksud seperti baik, ya, sudah siap, sudah bersedia dan sebagainya. Dalam ilmu konspirasi, Mexe Marrs cuba merungkaikan bahawa simbol ini mempunyai kaitan yang langsung terhadap kelompok Freemason dan Illuminati.


Bagi golongan Freemason, simbol OK membawa maksud simbol alat kelamin perempuan atau juga disebut 'yoni'. Bagi pengamal ajaran kesyaitanan, tiga jari yang terbuka merujuk kepada tiga tuhan sembahan iaitu Iblis, Dewa Babyondan Antichrist (Dajjal). Bagi golongan Illuminati pula, simbol ini bermaksud The Divine King atau Antichrist.

   Walaupun terdapat pelbagai persepsi tentang maksud sebenar simbol OK ini, simbol yang didedahkan oleh Marrs ini memberi isyarat ke arah objektif yang sama daripada pelaku-pelakunya iaitu simbol Illuminati dan Freemason. Ia juga merupakan simbol tersirat yang sangat berbahaya kepada orang-orang Islam.


p/s: Byk lg sebenarnya unsur fremenson yg kte masih tidak tahu lagi..semoga kte terhindar drpd unsur-unsur tersebut..Amin

Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

4 1000 something to say:

reddiey49

sangat berguna dan salah 1 pendekatan kesedaran kepada yang sudah terlajak mengamalkanya

Putri N@ilofar

terima kasih, saya akan cube m'beri input2 yg bergune utk anda semua..

LadyBird

bagaimana pula dengan bahasa isyarat?

tanda peace itu menunjukkan huruf V..

adakah ia juga turut berkaitan dengan simbol freemason?

Putri N@ilofar

@LadyBirdtime kasih kerana b'tanye...Kalau bahasa isyarat, ia ade kaedah dia yg tersendiri..Hanye org yg belajar bahasa isyarat yg tau perbezaannya..
WAllahua'lam..

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails