-->

18.11.10

Home » » Tips Sihat utk mengurangkan berat badan

Tips Sihat utk mengurangkan berat badan


1. Kurangkan makanan dan minuman manis dan hindarkan minuman bikarbonat.

2. Nabi Muhammad menyarankan supaya berhenti makan sebelum kenyang. Otak mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi mengenal pasti yang perut kita sudah kenyang.

3. makan sedikit tapi kerap. Jangan makan nasi 2 pinggan sekaligus

4. Makan 5 hidangan buah-buahan ataupun sayur-sayuran setiap hari. Warna2 hidangan memainkan peranan penting seperti:

Merah- kekuatan memerangi barah kerana anti oksida yang tinggi seperti buah tomato, betik dan anggur

Hijau- memelihara mata seperti bayam dan brokoli

Oren- menguatkan sistem imunisasi badan seperti oren, mangga, lobak merah, dan aprikot.

Kuning-Kandungan vitamin yg tinggi dan membantu sitem penghadaman seperti nenas dan oren

Biru/ungu- anti oksida seperti blueberry

Putih- mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah dan melawan infeksi
seperti bawang putih

5. Kurangkan kuantiti pengambilan makanan perlahan-lahan. Jangan kurangkan secara drastik.



6. Selalu menggosok gigi anda supaya anda berasa segar dan ia adalah 1 syarat bahawa anda sudah makan

7. Minum air kosong 8 gelas sehari tapi minum sebelum makan dan setengah jam selepas makan. Jangan sesekali minum semasa makan.

8. Makan hanya di meja dapur

9. Bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu. 30 minit setiap sesi. Paling mudah berjalan dengan cepat ataupun berlari setempat.

10. kurangkan menonton televisyen kerana kerana kita x dpt mengawal pemakanan ketika ini.

Sentiasa semak jadual rutin anda. adakah anda mengikut jadual diatas?


Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails