-->

10.7.10

Home » » Pesta Bunga d Putrajaya

Pesta Bunga d Putrajaya


Salam Satu 1 Malaysia...

Hai,hai,hai..td ptg sy sempat berjalan-jalan melihat keindahan bunga d Pesta Bunga kt Putrajaya. Ia BERTEMAKAN Keindahan Tropika, Festival Bunga & Taman Putrajaya (Floria) 2010 pada 10 Julai hingga 18 Julai ini... Ramai pengunjung2 n pelancong2 yg dtg.Bertempat di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya, festival berkenaan menyaksikan pameran koleksi heliconia (bunga sepit udang) antara terbesar pernah diadakan dalam suasana taman. 
Malah, bunga berkenaan turut mewarnai setiap sudut Floria 2010 seperti di zon floral alley, floral avenue, gerbang bunga, meadow, taman permainan kanak-kanak dan taman penggiat dan penanam bunga heliconia atau di zon festival. 


Antara tarikan lain Floria 2010 ialah taman pameran reka bentuk terkini arkitek landskap dari dalam dan luar negara.
Sementara itu, pavilion bunga berhawa dingin dijangka menarik perhatian pengunjung. Merangkumi laman heliconia eksotik, laman antarabangsa, laman Twilight, arca bunga, hiasan meja makan, dinding flora, sudut pereka dan pameran lukisan cat air heliconia. "Buat pertama kali, laman Twilight menggunakan kesan penataan cahaya," katanya.
Bazar Taman pula menawarkan pelbagai kelengkapan taman termasuk perabot dan tanaman hiasan yang menarik.
Tidak ketinggalan laman seni yang menjadi sudut khas kepada pencinta seni lukisan dan kraf. Penyertaan antarabangsa pula dijangka menjadi tumpuan pengunjung dengan penghasilan reka bentuk taman dan bunga-bungaan kreatif. 































Pameran dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Jom! datangla beramai-ramai...



Dah baca,click banner disidebar ni yer..TQ

0 1000 something to say:

Post a Comment

anda boleh komen, kritik, atau bagi cadangan di sini, komen-komen yang berbentuk peribadi tidak akan dilayan..
terima kasih.

Related Posts with Thumbnails